shoping

shoping

Sunday 3 January 2016

Makan Untuk Bakar Lemak

Diet..? hurmmmm... sememangnya masa-masa tengah ber'dietlah keinginan untuk makan membuak-buak dan sangatlah sukar untuk dikawal.Godaan makanan yang sedap dan menyelerakan sangat senang buat seseorang seperti saya untuk mengalah. So, my advice is JANGAN TERBURU-BURU.. sebabnya ada beberapa jenis makanan yang boleh diambil dan sangat membantu dalam penurunan berat badan.

1. Kekacang

Kacang adalah makanan sihat yang boleh diambil semasa diet. Namun, pemilihan kacang adalah sangat penting. Pilihlah kacang hazelnut, almond dan pistachio sahaja. Pengambilan kacang sebelum bersenam juga dapat memberi tenaga lebih ketika bersenam. 

2. Oatmeal


Ramai orang berpendapat oat hanyalah menu sarapan pagi. Tetapi, dengan pengambilan segelas oat setiap hari, ia dapat menjaga penghadaman dan mengurangkan rasa kembung. hidangkan bersama madu bagi menggantikan penggunaan gula.

3, Telur

Telur sebagai snek dapat membantu menurunkan berat badan. Satu biji telur mengandungi 70 kalori dan berfungsi sebagai protein pembakar lemak. 

4. Buah Segar


Semasa perut 'berlagu', makanlah buah segar. Buah mengandungi kalori yang sangat rendah. Buah epal dikatakan rendah GI dan dapat membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Sentiasa sediakan sebiji epal dalam beg untuk saat-saat lapar yang tidak diduga. 

5. Yogurt


Yogurt kaya dengan protein dan menjadi makanan pengganti aiskrim semasa proses diet 'sedang berlangsung'. Selain itu, yogurt juga berfungsi mengaal kembung dan mengawal bakteria baik.

6. Sayuran Hijau


Salad dan sayur hijau tidak mengandungi kalori dan mampu mengenyangkan. Sayuran hijau mengandungi vitamin k, zat besi, kalsium dan juga rendah kalori.

7. Cili Merah


Selain menambah rasa pedas dalam makanan. cili merah juga dapat meningkatkan pembakaran lemak.

8. Minyak Ikan


Selain mengurangkan kadar kolesterol dalam badan, minyak ikan juga dapat membantu dalam melindungi keshiatan jantung kerana omega3 yang terkandung didalamnya. Minyak ikan juga turut membantu membaiki dan membentuk tisu otot semasa bersenam.


Akhir sekali, menurut Ellen Kamhi, penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak baik dan tinggi serat. Makanan inilah yang menambah pembakaran lemak kerana ia memerlukan tenaga yang banyak untuk proses penghadaman.




No comments:

Post a Comment